Saturday, November 7, 2009

Ikatan...

IkataN?
benarkah?
Aku bukan untuknya YA Allah...
Aku mengharap setitis kasih dariMu Ya Allah...
Lindungilah aku.. Kasihilah aku.. Payungi aku dgn limpahan rahmatMu Ya Allah...
Hubungan yang terjalin hanya sebagai teman baik.. Aku terima Ya Allah...
Perhubungan yang terjalin selama ini hanya sementara...
Tiada keyakinan dalam dirinya untukku Ya Allah..
Dia tidak yakin akan mampu membahagiakan ku Ya Allah..
Kerana aku selalu disakiti... Disakiti olehnya... Tapi aku msh sprti dulu.. yg trus mnyayangi dirinya Ya Allah..
Dia beri aku harapan... Kemudian pergi.. hadir smula... dan pergi lagi...
Aku sntiasa mmbuka peluang dan pintu hatiku kepadanya... tidak sedikt aku mmbenci dirinya...
Malahan bila dia prgi, tdk prnh aku mmberi peluang kpd Kaum Adam yang lain... krn Aku amt yakin kepadanya...
Dia memiliki segenap ruang di hatiku... Keperibadiannya mnjdi pengikat ksihku pdanya... pndangan ku hanya untuknya dan kalbuku milikMu Ya Allah.... maka jgnlah Engkau sesatkan aku Ya Allah.. Aku memohon dan aku meminta Ya Allah.. biarlah aku tetap berada di landasan yang kau sediakn kpd para Muslimah sprti aku...

Berilah kemudahan padanya untuk menyelami isi hatiku.. dan permudahkanlah untuknya agar mnjadi sebahagian dr hidupku.. Satukanlah keluarga kami Ya Allah.... Pereratkanlah kasih syg, cinta, penghormatan, dan hubungan kami.... Bantulah dia Ya Allah.. Bantulah dia mncari erti hdupnya sndiri.. Senangkan lah apa yg sukar bg nya (masalah) , luaskan la jalan yg sempit (cita-cita) , luruskan la apa yang menyimpang (matlamat) , Rapatkan semula apa yg jauh (hubungan) , tenangkan apa yg bercelaru (kemarahan), jernihkan apa yg tlh keruh (kesilapan), kuat kan semula apa yg tlh lemah (semangat)... Semoga dia gembira... Meski aku tdk brsamanya lagi....

>>>>> SayanG foR yoU NoW....
Doa itu sbg pengiring langkah dalam hidup... Jgn sesekali melupakannya.. Kerana doa itu penghubung kita dgn Maha Pencipta ( ALLAH S.W.T )..... Moga kita menemukan apa yg tlh hilang...

Tuesday, September 8, 2009

Salam Sayang Padamu....

Ya Rabbul Izzati...
Aku begitu terharu apabila dia menghubungiku malam tadi...
Dia turut menyatakan kerinduannya padaku..
Tengah malam semalam, dia menghubungiku sekai lagi..
Kali ini dia mengajakku untuk balik bersama-sama dengannya nanti...
Pada mulanya aku merasa takut, tetapi apalah salahnya jika aku turut kehendak hatiku..
Aku turut sediakan sahur untuknya... kali pertama aku beranikan diri untuk turun pada jam 2 pagi semata-mata untuk berjumpa dengannya dan memberi sahur untuknya.... Segala-galanya terjadi begitu pantas tanpa sempat dirancang.... Aku membuat keputusan kurang dari 5 minit... untuk bertemu dengannya... Ya Allah... hanya Engkau yang tahu betapa aku merinduinya...
Syukran Ya Allah.... Kau kabulkan lagi permintaanku...

----> Allah S.W.T tidak pernah meninggalkan hambaNya yang sedang merintih kesedihan.....

Sunday, September 6, 2009

Demi Cinta...

Ya Allah....
Akhirnya kerinduan yang ditanggung selama ini telah Engkau ubati...
Pertemuan dua mata di dalam kelas pagi tadi telah merawat kerinduan yang teramat sangat di hati ini..
Dia telah memberiku senyuman yang amat ikhlas( Insya Allah ) kepadaku Ya Allah...
Aku pun membalas senyuman dan kenyitan matanya dengan senyuman yang selama ini kian pudar..
Malahan sebelum aku meninggalkan kelas, aku sempat melihatnya yang masih berada di bahagian atas..
Dia masih memandangku Ya Allah..
Malahan dia turut membalas senyumanku dengan raut wajah yang amat ceria..
Entah mengapa hatiku kian berdebar apabila memandang wajahnya..
Mungkin dia tidak sekacak lelaki lain.. Memang ini yang diperkatakan oleh sahabat2ku...
Wajahnya tidak setanding lelaki2 lain... Mungkin kerana itu aku tidak pernah memandang wajahnya.. kerana aku tidak berminat...
Tetapi, Engkau telah menunjukkan sesuatu Ya Allah..
Iaitu hatinya....
Hatinya yang cukup murni..
Aku pernah bertanya kepada seorang sahabat perempuanku yang pernah menginap di rumahnya kerana telah menyertai rombongan ke suatu tempat di Sabah..
Sahabatku ini tidak tahu perihal kami berdua.. dia hanya tahu bahawa kami memang berhubung..
Dia mengatakan bahawa jika dia menyukai aku, aku perlu menerimanya kerana dia seorang lelaki yang baik.. Tetapi dia masih berasa lucu apabila mengetahui bahawa kami memang berhubungan..
Aku amat merinduinya kerana sudah hampir seminggu kami tidak berjumpa..
Aku menyayanginya kerana hatinya cukup murni.. Sahabat terdekatku amat terperanjat apabila mengetahui kami berhubung kerana menurut katanya, ini adalah kali pertama dia mendengar dia menghubungi perempuan lain kerana sebelum ini dia terikat dengan wanita lain..
Nyatalah kesetiaannya pada insan yang bernama kekasih itu..
Aku hanya mampu tersenyum.. setiap kali aku dilemparkan soalan mengenai hubunga kami, aku hanya tersenyum sahaja.. kerana dia belum memulakannya...
Aku benar2 mahu dia bertanya soalan itu semula kepadaku.. Jika dia bertanya semula.. sudah pasti jawapanku YA...
-------> Ya Allah... Izinkanlah....

Friday, August 28, 2009

DeMi CiNta

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Rabbul izzati...
Apakah ini petanda dariMu?
Ya Allah.. mengapa setiap kali aku bermunajat dan bermohon agar dia di dekatkan denganku, setiap kali itu juga Engkau kabulkan?
Ya Rabbul Izzati...
Bukan intan permata yang ku pinta...
Bukan segunung berlian, dan bukan harta sedunia
Tapi cukup sekadar perasaan kasih antara dia dan aku..
Jika ini ketetapanMu.. Aku mohon Engkau perkenankanlah permintaanku....
Jadikanlah dia milikku... Dan biarlah aku hidup bersama dengannya hingga ke akhir hayatku...

-----> Hari ini hari yang bahagia buatku... Tidak ku sangka dia terasa hati bila aku tidak memandangnya... Jikalau aku tidak penting, mengapa dia perlu menoleh untuk kali kedua? Apakah dia turut merinduiku sepertimana aku merinduinya?
Ya Allah, jika benar, ubatilah rindu itu dengan menghalalkan hubungan kasih antara kami..
Aku mohon Ya Allah...

Thursday, August 27, 2009

LuaHaN Hati..

Hari ini aku terserempak dengannya... Pandangan matanya sudah cukup untuk mengubati rindu di hati.. Meski hanya seketika, hatiku sudah cukup gembira.. Sayu pun ada.. Sempat juga aku melambainya, lambaianku disambut beserta senyuman..
Ya Allah... Sekiranya rinduku ini suatu kebenaran, satukanlah kami..
Ya Allah.. Aku sesungguhnya berharap aku akan menjadi miliknya untuk selama-lamanya....
Kehadirannya yang tanpa diduga amat memberi makna yang besar padaku...

Mengapa aku lemah dengan lelaki ini... Sedangkan sebelum ini, hatiku belum pernah terbuka untuk menerima cinta yang entah ikhlas atau tidak..

Dengan hanya satu perkataan yang lahir dari hatinya, aku tersungkur....
Apakah ini satu petanda YA Allah?
Aku sering memohon kepadaMu agar dipertemukan aku dengan jodohku..
Hanya apabila hatiku terbuka untuk menerima mereka..
HAtiku sudah terbuka Ya Allah..
Tetapi pada seorang lelaki yang sudah lama ku kenali.. Tapi tidak pernah berbicara.. Sesekali aku pernah merasa seolah-olah dia membenciku kerana pernah suatu ketika dia menjelingku tajam...
Dan setiap kali dia bersembang dengan sahabat-sahabatnya yang juga sahabatku( yang perempuan ), tidak pernah dia menegurku..
Hanya apabila kami bertembung, dia akan memberi senyuman yang kini telah menjadi penghias setiap hariku..

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Rabbul Izzati...
Berilah aku petunjuk..

Sesungguhnya aku amat merindui dirinya....

Tuesday, August 25, 2009

LuaHan HaTi..

Aku merasa sangat gembira, lewat malam semalam, dia telah menghubungiku..
Akan tetapi, semuanya sudah tidak seperti dulu.. Perbualan menjadi hambar... Tidak semesra dahulu.. Aku lebih banyak bertanya daripadanya.. Tiba-tiba, hatiku menjadi sayu.. Aku amat berharap agar perbualan di alam cyber itu tidak terhenti di situ.. Malangnya, ia tetap berlaku.. Dia mengatakan bahawa dia sedang sibuk dengan sesuatu hal.. Akan tetapi dia masih berada dalam sesi perbualan.. Mungkin dengan orang lain.. Sedih.. Itu sahaja yang dapat aku gambarkan...

Apakah sudah tidak wujud perasaan cinta di dalam hatinya? Atau dia sekadar mempermainkan perasaanku... Mengapa dengan mudah aku tertewas dengannya, walhal sebelum ini hatiku amat sukar menerima insan yang bernama lelaki dalam kamus hidupku..

Ya Allah.. Bantulah aku..

----> Mengapa semua ini terjadi? Aku tiada teman untuk meluahkan apa yang terbuku di hati... Kerana insan ini merupakan teman baik kepada salah seorang sahabatku, menyebabkan aku takut untuk menceritakan hal ini kepada orang lain... Hanya Blog ini tempat untuk aku meluahkan segalanya...

LuaHan Hati..

Perasaan yang terwujud di dalam hati dengan sendirinya apabila telah jatuh cinta...

Aku dipertemukan dengan seorang insan tidak lama dahulu ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.. Aku mengenali insan tersebut kerana kami belajar di IPTA yang sama dan menyertai satu badan dakwah yang sama.
Akan tetapi, perkenalan hanya setakat pertembungan dua mata. Tidak wujud langsung perasaan yang istimewa pada ketika itu. Meskipun saling tidak mengenali, senyuman sering terukir di bibir. Aku hanya mengetahui namanya melalui seorang sahabat yang turut pulang bersama-sama denganku. Seperti yang dikatakan tadi, langsung tidak wujud sebarang perasaan..
Sejujurnya, wajahnya menggambarkan kesombongan, tetapi setiap kali bertembung, tidak pernah sekalipun dia terlupa untuk memberi senyuman yang maha ikhlas kepadaku. Setiap kali itu juga, aku pasti membalas senyuman itu.

Hingga lah suatu hari, aku di jemput untuk menyertai satu seminar yang mana aku ditugaskan untuk menjadi salah seorang ajk. Tanpa diduga, dia juga merupakan salah seorang dari ahli yang penting dalam seminar itu. Setelah hampir sebulan bertungkus lumus bekerjasama untuk melancarkan perjalanan seminar pada hari itu, hinggalah seminar tersebut tamat.. masih belum wujud sebarang perasaan..

Sebelumnya, aku telah mengetahui bahawa dia sebenarnya di miliki oleh orang lain. Sedikitpun aku tidak merasa sedih atau kecewa. Malahan aku terperanjat kerana dengan wajah yang sombong, dia masih mampu untuk mengunci hati seorang perempuan...Aneh.. Tetapi mungkin itu takdirnya..

Tidak lama kemudian, pintu hatiku terbuka untuk seorang lelaki. kami bersama selama hampir setahun. Malangnya, keegoanku telah menghancurkan segalanya.. Akhirnya kami berpisah. Sedikitpun aku tidak menyesali perbuatanku.

Setahun kemudian, hadir lagi seorang lelaki dalam hidupku.. Teman baikku sendiri telah meluahkan perasaan cintanya... Ketika itu, aku serba salah. Akhirnya aku tolak dia ke tepi.. Aku tahu dia merasa sedikit kecewa.. tetapi bagiku, hatiku yang begitu keras telah menjadi tembok penghalang yang paling kukuh untuk menolak lelaki. Sesungguhnya aku tidak bersedia...

Hingga lah suatu hari, mungkin telah menjadi takdir.. Lelaki berwajah sombong itu telah hadir dalam lingkaran kehidupanku.. Tanpa diduga, kami telah bertemu di dunia maya ( cyber ) dengan hanya berhubung melalui talian telefon dan cyber.. Dalam dunia maya ini lah dia telah melamar aku untuk menjadi teman istimewanya... Terlalu cepat... Aku masih terpinga-pinga.. Aku menjadikan perkara tersebut sebagai benda gurauan kerana aku sendiri tidak pasti.. Hingga kini setiap kali bertemu dengannya, hatiku berdebar.. Benarkah aku telah jatuh cinta kepadanya? Runtuhkah sudah tembok besar yang telah ku bina untuk menghalang perasaan cinta dari hadir dalam diriku? Terkadang aku merasa cemburu bila dia di dekati perempuan lain.. Aku tahu dia seorang yang amat menjaga batas-batas agama, dan aku tahu dia tidak menyentuh kaum yang bukan sejenis dengannya. Tetapi mengapa perasaan cemburu itu masih timbul?

Sehari dia tidak menghubungiku, haru biru ku rasakan.. Terkadang aku menangis.. Mengapa aku menjadi begini.. Mengapa aku sering merinduinya.. Setiap kali bertembung, hatiku begitu gembira.. Aku benar-benar bersyukur kerana Allah masih mempertemukan kami walau hanya sekilas pandang sahaja.. Di kelas, di dewan dan di mana sahaja.

Hingga saat blog ini di cipta, aku masih menanti, agar dia menghubungi ku... Handphone tidak pernah jauh dariku.. Dengan harapan dia akan bertanya khabarku, atau sekadar mengucapkan selamat berbuka puasa ( blog ini dicipta pada 4 Ramadhan 2009 )

Ya Allah, jika benar dia milikku, benarkan lah aku menghampirinya..
Akan tetapi, jika dia bukan di takdirkan untukku, biarlah senyuman menjadi penghubung antara kami..
Tetapi aku mohon Ya Allah, jika diperkenankan.. Buka kan lah pintu hatinya untuk bersama denganku, aku amat mengharap agar KAU tetapkanlah jodohku bersama dengannya...

-----> Blog ini dicipta untuknya.. Jika memang dia bukan untukku, dan andaikan suatu hari nanti dia menemukan blog ini.. Itu sudah memadai...