Tuesday, August 25, 2009

LuaHan Hati..

Perasaan yang terwujud di dalam hati dengan sendirinya apabila telah jatuh cinta...

Aku dipertemukan dengan seorang insan tidak lama dahulu ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.. Aku mengenali insan tersebut kerana kami belajar di IPTA yang sama dan menyertai satu badan dakwah yang sama.
Akan tetapi, perkenalan hanya setakat pertembungan dua mata. Tidak wujud langsung perasaan yang istimewa pada ketika itu. Meskipun saling tidak mengenali, senyuman sering terukir di bibir. Aku hanya mengetahui namanya melalui seorang sahabat yang turut pulang bersama-sama denganku. Seperti yang dikatakan tadi, langsung tidak wujud sebarang perasaan..
Sejujurnya, wajahnya menggambarkan kesombongan, tetapi setiap kali bertembung, tidak pernah sekalipun dia terlupa untuk memberi senyuman yang maha ikhlas kepadaku. Setiap kali itu juga, aku pasti membalas senyuman itu.

Hingga lah suatu hari, aku di jemput untuk menyertai satu seminar yang mana aku ditugaskan untuk menjadi salah seorang ajk. Tanpa diduga, dia juga merupakan salah seorang dari ahli yang penting dalam seminar itu. Setelah hampir sebulan bertungkus lumus bekerjasama untuk melancarkan perjalanan seminar pada hari itu, hinggalah seminar tersebut tamat.. masih belum wujud sebarang perasaan..

Sebelumnya, aku telah mengetahui bahawa dia sebenarnya di miliki oleh orang lain. Sedikitpun aku tidak merasa sedih atau kecewa. Malahan aku terperanjat kerana dengan wajah yang sombong, dia masih mampu untuk mengunci hati seorang perempuan...Aneh.. Tetapi mungkin itu takdirnya..

Tidak lama kemudian, pintu hatiku terbuka untuk seorang lelaki. kami bersama selama hampir setahun. Malangnya, keegoanku telah menghancurkan segalanya.. Akhirnya kami berpisah. Sedikitpun aku tidak menyesali perbuatanku.

Setahun kemudian, hadir lagi seorang lelaki dalam hidupku.. Teman baikku sendiri telah meluahkan perasaan cintanya... Ketika itu, aku serba salah. Akhirnya aku tolak dia ke tepi.. Aku tahu dia merasa sedikit kecewa.. tetapi bagiku, hatiku yang begitu keras telah menjadi tembok penghalang yang paling kukuh untuk menolak lelaki. Sesungguhnya aku tidak bersedia...

Hingga lah suatu hari, mungkin telah menjadi takdir.. Lelaki berwajah sombong itu telah hadir dalam lingkaran kehidupanku.. Tanpa diduga, kami telah bertemu di dunia maya ( cyber ) dengan hanya berhubung melalui talian telefon dan cyber.. Dalam dunia maya ini lah dia telah melamar aku untuk menjadi teman istimewanya... Terlalu cepat... Aku masih terpinga-pinga.. Aku menjadikan perkara tersebut sebagai benda gurauan kerana aku sendiri tidak pasti.. Hingga kini setiap kali bertemu dengannya, hatiku berdebar.. Benarkah aku telah jatuh cinta kepadanya? Runtuhkah sudah tembok besar yang telah ku bina untuk menghalang perasaan cinta dari hadir dalam diriku? Terkadang aku merasa cemburu bila dia di dekati perempuan lain.. Aku tahu dia seorang yang amat menjaga batas-batas agama, dan aku tahu dia tidak menyentuh kaum yang bukan sejenis dengannya. Tetapi mengapa perasaan cemburu itu masih timbul?

Sehari dia tidak menghubungiku, haru biru ku rasakan.. Terkadang aku menangis.. Mengapa aku menjadi begini.. Mengapa aku sering merinduinya.. Setiap kali bertembung, hatiku begitu gembira.. Aku benar-benar bersyukur kerana Allah masih mempertemukan kami walau hanya sekilas pandang sahaja.. Di kelas, di dewan dan di mana sahaja.

Hingga saat blog ini di cipta, aku masih menanti, agar dia menghubungi ku... Handphone tidak pernah jauh dariku.. Dengan harapan dia akan bertanya khabarku, atau sekadar mengucapkan selamat berbuka puasa ( blog ini dicipta pada 4 Ramadhan 2009 )

Ya Allah, jika benar dia milikku, benarkan lah aku menghampirinya..
Akan tetapi, jika dia bukan di takdirkan untukku, biarlah senyuman menjadi penghubung antara kami..
Tetapi aku mohon Ya Allah, jika diperkenankan.. Buka kan lah pintu hatinya untuk bersama denganku, aku amat mengharap agar KAU tetapkanlah jodohku bersama dengannya...

-----> Blog ini dicipta untuknya.. Jika memang dia bukan untukku, dan andaikan suatu hari nanti dia menemukan blog ini.. Itu sudah memadai...

0 comments:

Post a Comment